Wednesday, October 31, 2012

CARA-CARA SHOLAT SUNAT TAUBAT

==* CARA-CARA SHOLAT SUNAT TAUBAT *==

SAHABAT DAN ANAK-ANAKKU FILLAAH SEKALIAN...


ALLAAH Subhaanahu Wa Ta`ala, sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat,

Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
*Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allaah dengan taubat yang sebenar.*
(Surah At-Tahrim: 8)

Allaah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya:
*Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari Rohmat Allaah. Sesungguhnya Allaah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.*
(Surah Az-Zumar: 53)

SYARAT-SYARAT TAUBAT:

1= Ikhlas ingin bertaubat
2= Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3= Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4= Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5= Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah.
Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan.

Contohnya:
Jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan.
Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhoannya.

WAKTU MELAKSANAKAN SHOLAT SUNAT TAUBAT:
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya.

Firman Allaah,
Maksudnya:
*Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.*
(Surah Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan
taubat dengan segera.

.
CARA SOLAT TAUBAT

1. Niat Sholat Sunat Taubat:

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Usholli sunnatat Taubati rok'ataini lillahi ta'ala.

Ertinya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Taubat dua rakaat kerana Allaah Ta'ala."

2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun

Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas


3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

Doa Sujud terakhir rakaat kedua.

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ.
فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Tiada Tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalami diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak.
Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau.


4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

“Astaghfirullaa-hil ‘Azhiim, alladzi laa ilaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa-atuubu ilaih.”

Maksudnya:
Aku memohon keampunan Allaah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allaah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya.

b. Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ تَوْبَةٍعَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا وَلَا مَوْتَا وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُوْرَا
“Astaghfirullaahal ‘Azhiim, alladzii laa ilaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa-atuubu ilaih. Taubatin ‘Abdin.. zhoolimi laa yam liku linafsihi dhorrow walaa naf‘anw walaa mautaw walaa hayaa taw walaa nusyuu-roo.”

Maksudnya:
Daku memohon ampun kepada Allaah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

c. Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

“AllaaHumma anta robbi, Laa ilaha illaa anta kholaqtani, wa anaa ‘abduka, wa anaa ‘alaa ‘ahdika, wawa’ dika masta th0′tu, a`uu dzubika min.. syarrimaa shona’tu, abuu ulaka bini’matika ‘alayya wa abuu u bidzanbi, faghfirlii, fainnahu laa yaghfirudz dzunuuba illaa anta.”

Mksudnya:
Ya Allaah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.

5. Baca Doa Taubat

Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!

Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).

Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.

Ya Allaah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allaah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.

Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allaah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku.

Ya Allaah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

WALLAAHUA`LAM...BISSHOWAB...Yang baik semuanya Untuk Allaah... dan mana ada kesalahan dan kesilapan pada tulisan itu adalah dari Sifat Kelemahan saya sendiri sebagai Makhluk-NYA.... Hanya Kepada-NYAlah akan saya memohon Keampunan dengan sepenuhnya.. Insya Allaah... aamiin...

SILAKAN DITAG/SHARE BUAT TEMAN-TEMAN SEMOGA BERMANFAAT, INSYA ALLAAH.... AMIIN...

WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU A`LAIKUM WAROHMATULLAAHI WABAROKAATUH,

Oleh: Ustaz Musa Ali

0 komentar:

Post a Comment

Tinggalkan pesan,saran dan kritik terhadap blog saya ini. Semoga bisa bermanfaat...aamiin..